LAWATAN PENINGKATAN KUALITI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN YANG BERINTEGRITI OLEH PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS

Tarikh : 8 Septemberi 2025
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Mesyuarat Utama, Tingkat 7, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) telah menerima lawatan kerja daripada delegasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis di mana tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan di antara kedua-dua agensi di samping membincangkan perkara-perkara berhubung tanggungjawab dan inisiatif di peringkat jabatan ini dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan yang berintegriti.
Delegasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah diketuai oleh Yang Berusaha Dr. Noriman bin Rojulai (Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)) dan disambut mesra oleh YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad (Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis) serta para pegawai JKSNPs.
JKSNPs merakamkan penghargaan atas kunjungan ini dan semoga perkongsian ilmu yang bermanfaat ini boleh dijadikan panduan ke aras penambahbaikan di kedua-dua jabatan.
