𝐀𝐮𝐝𝐢𝐭 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐉𝐊𝐒𝐍 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐬 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓
5 November 2025 - 6 November 2025, Pelaksanaan Audit Pemantauan Pematuhan Arahan Amalan JKSN Perlis bagi Tahun 2025 oleh pasukan auditor dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah selesai dilaksanakan dengan jayanya selama dua hari, pada 5 dan 6 November 2025.
Audit ini melibatkan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah Negeri Perlis, dengan kehadiran dua orang auditor daripada JKSM iaitu Tuan Khairul Nizam bin Kassim dan Tuan Ghazali bin Ahmad.
Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan auditor JKSM atas bimbingan, panduan serta teguran membina yang diberikan sepanjang sesi audit ini.
Penghargaan turut ditujukan kepada semua auditee atas komitmen, kerjasama dan persediaan rapi yang diberikan sepanjang pelaksanaan audit berlangsung.
Semoga hasil audit ini menjadi pemangkin kepada peningkatan keberkesanan tadbir urus, pematuhan standard Arahan Amalan, serta kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan kehakiman syariah di Negeri Perlis.
Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua pihak yang terlibat.
JKSN Perlis akan terus komited memperkukuh integriti, profesionalisme dan kecemerlangan perkhidmatan kehakiman syariah, selaras dengan aspirasi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
Bersama kita menjunjung keadilan, amanah dan perkhidmatan berkualiti demi ummah.
