MESYUARAT PEGAWAI SYARIAH JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERLIS BIL.2/2024

 
MESYUARAT PEGAWAI SYARIAH JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERLIS BIL.2/2024
KANGAR, Perlis : YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis telah mempengerusikan Mesyuarat Pegawai Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis Bil. 2/2024 yang diadakan pada 13 Disember 2024 (Jumaat) di Dewan Mesyuarat Utama, JKSNPs. YAA Pengerusi Mesyuarat dalam ucapan perutusannya mengingatkan semua ahli mesyuarat agar sentiasa berpegang teguh kepada amalan kerja yang berintegriti dan menjalankan tugasan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Pegawai Syariah yang terdiri daripada Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Ketua Pendaftar, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sokongan Keluarga Seksyen Negeri Perlis, Pegawai-Pegawai Penyelidik dan Pegawai Sulh. Penolong Pengarah Kanan Unit Teknologi Maklumat juga dijemput hadir ke Mesyuarat ini. Untuk rekod, empat ahli mesyuarat ini merupakan pegawai baharu yang telah melapor diri ke Jabatan ini pada April sehingga awal Disember 2024 yang lalu. Di akhir mesyuarat, beberapa perkara penting dapat dimuktamadkan di samping menjadi forum perbincangan dan penyelarasan maklumat demi melancarkan operasi Jabatan. Tuntasnya, mesyuarat berkala ini dapat memperkukuhkan hubungan profesional dan meningkatkan kerjasama dan kebersamaan dalam mencapai matlamat Jabatan.
 
 

 

About the Author
splwpk-procurement HRMIS MYHRMIS MOBILE