𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang (JKSP) pada 19 dan 20 Mei 2026. Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam serta memahami mekanisma pelaksanaan Enakmen Pengangkatan Orang Islam (Negeri Perlis) Tahun 2025 di negeri ini. Untuk rekod, Enakmen yang bersejarah ini telah pun diwartakan pelaksanaannya secara rasmi di Negeri Perlis pada 12 Februari 2026 yang lalu.
Delegasi daripada JKSP telah diketuai oleh YAA Dato' Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan. Turut hadir bersama dalam delegasi tersebut ialah YA Dato' Haji Muhammad Azhari bin Abd Rahman, Tuan Borhan bin Hussin dan Puan Raihaanah binti Omar @ Md Salleh.
Ketibaan delegasi JKSP telah disambut mesra oleh Ketua Hakim Syarie JKSNPs, YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, bersama barisan kepimpinan dan pegawai JKSNPs yang terdiri daripada YA Puan Wan Aizaa binti Wan Abdullah, YA Tuan Mohamad Saifuddin bin Othman, Tuan Khairul Azwadi bin Mohamed Noor, Tuan Mohd Dhiauddin Bin Mohamad Yusoff, Tuan Mohamad Al Hafid bin Ismail, Tuan Azman bin Rajamin dan Tuan Mohamad Fahmi bin Mohamad Idris.
Sesi taklimat ini telah membuka ruang perkongsian ilmu, kepakaran, dan cabaran perundangan dalam memelihara kebajikan serta status pengangkatan anak dalam kalangan umat Islam. Semoga sinergi dan lambaian ukhuwah antara JKSP dan JKSNPs terus membuahkan manfaat demi kelestarian keadilan syariah di Malaysia.
