𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍

15 Mei 2026 (Jumaat) - pagi ini telah berlangsung Sesi Halaqah Pengajian Al-Quran JKSNPs yang menjadi rutin pengisian rohani buat seluruh warga jabatan.

Sesi tadabbur kali ini memfokuskan kepada Surah As-Saff (Ayat 6-14). Semoga mutiara ilmu dan peringatan daripada kalamullah ini menjadi penyuntik semangat buat kita semua dalam memikul amanah dengan penuh integriti dan keikhlasan.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍

Kecemerlangan JKSNPs terus diraikan! Sejurus tamat halaqah, satu majlis penyampaian sijil penghargaan telah diadakan sebagai pengiktirafan ke atas komitmen padu warga jabatan di peringkat kebangsaan.

Jabatan dengan bangganya menerima pengiktirafan berikut:

✅ Sijil Penghargaan Pengumpulan Alasan Penghakiman

(Daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

✅ Sijil Pengiktirafan Pengurusan Rekod Dedikasi 2026

• Kategori: Pelaksanaan Penjilidan

• Kategori: Pelaksanaan Pelupusan

(Daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

✅ Sijil Penghargaan Keaktifan Pelaksanaan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) 2024

(Daripada Jabatan Perkhidmatan Awam)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga JKSNPs! Pencapaian ini adalah hasil kerja keras dan kerjasama berpasukan yang jitu.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk kita terus memberikan perkhidmatan yang terbaik demi agama, bangsa, dan negara.

About the Author
splwpk-procurement HRMIS MYHRMIS MOBILE