Rekod - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis

  Home/Rekod

 

SEKSYEN REKOD JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERLIS

 

VISI

Menjadikan Sistem Pengurusan Rekod JKSN/MSN teratur dan bersistematik serta menjadi pusat rujukan pengurusan rekod perundangan dan pentadbiran bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan memastikan mencapai keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti

 

MISI

Untuk menyimpan, mengesan, memperolehi, menjaga dan memulihara semua warisan khazanah rekod penting JKSN/MSN yang bernilai kebangsaan dan bersejarah kepada JKSM demi rujukan generasi masa kini dan akan datang.

 

 

OBJEKTIF

  1. Menguruskan proses penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan penjilidan rekod pengurusan kes mengikut prosuder yang ditetapkan bagi kegunaan perkhidmatan pendengaran kes,penyelidikan dan pengurusan.
  2. Menguruskan rekod-rekod dalam Kumpulan nilai utama (primary value) kerana ia penting kepada JKSN/MSN selaku agensi pewujud untuk kegunaan urusan pentadbiran, perundangan dan kewangan JKSN/MSN.
  3. Untuk memberikan perkhidmatan pengurusan rekod perundangan dan pentadbiran yang cekap dan efisyen yang mengandungi maklumat penting asal usul jabatan, organisasi, fungsi dan aktiviti yang dijalankan oleh JKSN/MSN, di mana menarik minat penyelidik yang ingin mengetahui sumbangan JKSN/MSN dalam Sejarah sosio ekonomi Negara.
  4. Memberi khidmat nasihat kepada jabatan mengenai pengurusan rekod jabatan yang sistematik dan berkesan.
  5. Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada warga kerja JKSN/MSN, para penyelidik dan orang awam.
  6. Ke arah mewujudkan masyarakat berilmu pengetahuan terhadap Sejarah JKSN/MSN, sekaligus memantapkan lagi semangat patriotik kepada Malaysia.
splwpk-procurement HRMIS MYHRMIS MOBILE