PROGRAM PEMANTAPAN INTEGRITI WARGA JKSNPs TAHUN 2026

 
PROGRAM PEMANTAPAN INTEGRITI WARGA JKSNPs TAHUN 2026
 

Integriti adalah tunjang kecemerlangan perkhidmatan awam. Hari ini, bertempat di Dewan Syura Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail, telah berlangsung Program Pemantapan Integriti Warga JKSNPs Tahun 2026.

Program ini merupakan komitmen berterusan Jabatan untuk memastikan setiap warga kerja memegang teguh prinsip amanah dan telus dalam melaksanakan tugas.

Antara pengisian utama program termasuklah:

✅ Ceramah Integriti oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

✅ Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

✅ Sesi taklimat pemantauan nilai dan etika kerja.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak SPRM Negeri Perlis atas kesudian berkongsi ilmu dan memberi kesedaran demi memperkukuh jati diri penjawat awam.

Semoga pengisian hari ini memberi impak positif dalam membentuk budaya kerja kelas pertama yang berteraskan integriti tinggi.

 

 

About the Author
splwpk-procurement HRMIS MYHRMIS MOBILE