KOMITMEN WARGA JKSN PERLIS TERHADAP MAJLIS PEMBAHARUAN PERAKUAN PENJAWAT AWAM BERKENAAN DENGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 DAN SURAT AKUAN POLISI KESELAMATAN SIBER (PKS)

 
KOMITMEN WARGA JKSN PERLIS TERHADAP MAJLIS PEMBAHARUAN PERAKUAN PENJAWAT AWAM BERKENAAN DENGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 DAN SURAT AKUAN POLISI KESELAMATAN SIBER (PKS)
 

KANGAR, 9 Januari 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) Perlis hari ini telah melaksanakan Majlis Pembaharuan Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Surat Akuan Polisi Keselamatan Siber (PKS).

Majlis yang bermula jam 9.00 pagi, bertempat di Dewan Syura Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail Al-Haj, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis ini melibatkan seluruh warga kerja jabatan sebagai langkah memperkukuh integriti dalam mengendalikan maklumat kerajaan.

Kenapa langkah ini penting? * Akta Rahsia Rasmi 1972: Memastikan setiap penjawat awam sentiasa peka terhadap tanggungjawab menjaga kerahsiaan dokumen rasmi kerajaan. * Polisi Keselamatan Siber (PKS): Sebagai benteng pertahanan digital jabatan dalam menghadapi ancaman keselamatan siber yang semakin kompleks.

Tanggungjawab menjaga rahsia negara dan integriti digital bukan sekadar di atas kertas, malah ia adalah amanah yang wajib dijunjung demi kedaulatan undang-undang dan kepercayaan rakyat.

 

 

About the Author
splwpk-procurement HRMIS MYHRMIS MOBILE