Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis
Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis Pada 21 Februari 2025, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) telah melaksanakan slot pembudayaan program antirasuah yang merangkumi ceramah antirasuah oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perlis dan diakhiri dengan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR), sebagaimana yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun sebelumnya. Inisiatif ini merupakan komitmen berterusan pucuk pimpinan JKSNPs dalam membuktikan kesungguhan dan ketelusan jabatan dalam membanteras penyalahgunaan kuasa di sektor perundangan dan kehakiman. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran Pengarah SPRM Negeri Perlis, Mohd Adha Ab Ghani.
