MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN INDUSTRI







MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN INDUSTRI
Tarikh : 17 Januari 2025 (Jumaat)
Tempat : Dewan Mesyuarat Utama, JKSNPs
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil sempena tamat latihan industri kepada 13 orang pelajar pada pagi ini. Seramai 12 orang pelajar adalah dari Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) dan seorang pelajar dari Universiti Malaya. Kesemua pelajar ini telah menjalankan latihan industri selama 18 minggu bermula September 2024 dan berakhir pada hari ini.
Dalam majlis tersebut, YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua pelajar sebagai tanda penghargaan dan meraikan semua pelajar yang berjaya menamatkan latihan industri selama di Jabatan ini.
Terdahulu, di dalam ucapannya, beliau mengingatkan semua pelajar bahawa latihan industri ini bukan sekadar bagi melengkapkan keperluan akademik, tetapi juga satu perjalanan yang telah memberikan pengalaman berharga untuk digunakan dalam dunia pekerjaan sebenar kelak. YAA turut menyeru kepada semua pelajar agar dapat memanfaatkan segala ilmu, maklumat dan pengalaman yang diperoleh sepanjang tempoh latihan industri ini demi kepentingan masyarakat Muslim khasnya.
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis mengucapkan jutaan terima kasih atas dedikasi dan khidmat bakti semua pelajar sepanjang latihan industri. Semoga saudara / saudari terus maju jaya dalam membina kerjaya dimana jua saudara / saudari berada.
