PERKAHWINAN
- Apakah sebab-sebab seseorang perempuan yang ingin berkahwin perlu mendapatkan kebenaran wali Hakim dari Mahkamah Syariah?Open or Close
Permohonan Wali Hakim dibuat apabila berlaku keadaan seperti berikut :
a) Tiada wali yang sah dari nasab
b) Wali ghaib
c) Saudara baru / Muallaf
d) Anak tak sah taraf
e) Wali enggan
f) Wali dalam ihram haji/umrah
g) Wali tidak dapat dihubungi atas sebab darurat. - Apakah had umur minimum yang membolehkan suatu perkahwinan itu dilangsungkan?Open or Close
1. Bagi lelaki - Tidak kurang daripada 18 tahun
2. Bagi perempuan - Tidak kurang daripada 16 tahun - Jika perkahwinan dibawah umur ingin dilangsungkan, apakah tindakan yang perlu dibuat?Open or Close
Mendapatkan kebenaran daripada Hakim syarie.
