FARAID
- Apakah Kes Faraid?Open or Close
Dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubungan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam, Mahkamah Syariah mempunyai kewajipan untuk menentukan orang-orang yang berhak mendapat bahagian dalam harta pusaka itu dan bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak.
- Apakah sebab seseorang terhalang daripada mewarisi harta pusaka si mati?Open or Close
1. Pembunuh: waris yang membunuh pewarisnya tidak boleh mewarisi harta pusaka pewaris yang dibunuhnya.
2. Perbezaan Agama: waris dan pewaris berbeza agama.
3. Murtad: Seseorang yang murtad iaitu keluar daripada agama Islam tidak berhak mewarisi pusaka si mati beragama Islam.
4. Penghambaan: Seseorang hamba yang masih dimiliki oleh tuannya tidak boleh mewarisi pusaka pewarisnya yang merdeka.
