NAFKAH
- Saya telah diceraikan oleh suami setahun yang lalu. Saya merupakan ibu tunggal kepada 4 orang anak. Saya menghadapi masalah berkaitan pemberian nafkah oleh suami kepada anak-anak sedangkan telah ada perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah. Jadi di manakah saya boleh mengadu dan merujuk masalah saya ini?Open or Close
Dalam perkara ini apabila puan telah memperolehi perintah dari Mahkamah Syariah tentang pemberian nafkah dan bekas suami puan dengan sengaja cuai ataupun ingkar untuk melaksanakan perintah tersebut maka puan bolehlah merujuk masalah puan ini di mahkamah syariah berhampiran. Di mahkamah syariah terdapat satu unit yang dipanggil Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) khususnya membantu mereka-mereka yang berhadapan dengan masalah pelaksanaan nafkah.
Di antara fungsi-fungsi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) ialah:
a) Meleraikan Konflik dihadapi wanita serta ibu tunggal yang berdepan masalah mendapatkan nafkah seperti diperintahkan mahkamah.
b) Melaksanakan penguatkuasaan ke atas perintah mahkamah khususnya dalam kes nafkah dan saraan.
c) Memberi khidmat nasihat perundangan Islam kepada orang awam.
d) Meyalurkan bantuan kewangan sara hidup sementara melalui sumber dana kewangan yang diharuskan hukum syarak kepada keluarga yang menghadapi masalah tuntutan nafkah.
e) Membetul salah faham terhadap kelewatan membabitkan masalah mematuhi perintah mahkamah seperti pembayaran nafkah dan hak penjagaan anak. - Siapakah yang bertanggungjawab untuk membayar nafkah kana-kanak sekiranya bapa kanak-kanak tersebut telah mati, hilang atau tidak berupaya menanggung nafkah kanak-kanak tersebut?Open or Close
Sekiranyan bapa kanak-kanak telah mati atau hilang atau tidak berupaya menanggung nafkah kanak-kanak itu maka orang yang bertanggungjawab untuk membayar nafkah adalah waris-waris lelaki kanak-kanak itu mengikut tertib asabah dalah hukum faraid iaitu ahli waris keluarga lelaki yang mempunyai hubungan darah dengan bapa (datuk, saudara lelaki seibu sebapa atau saudara lelaki sebapa )
Sekiranya waris-awaris lelaki tiada atau tidak berupaya menanggung nafkah kanak-kanak itu maka Mahkamah boleh memperakukannya kepada Baitulmal untuk membayar nafkah tersebut. - Apakah yang menyebabkan seorang isteri hilang kelayakan nafkah?Open or Close
Sekiranya seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan maka menjadi kewajipan lelaki itu untuk memberi nafkah kepada perempuan tersebut tetapi sekiranya perempuan tersebut telah melakukan nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya iaitu antara lain apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya atau apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya atau apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke suatu rumah atau tempat lain maka dia tidak berhak untuk mendapat nafkah dari suaminya.
