MUTA'AH
- Apakah yang dimaksudkan dengan mutaah dan bilakan ia dilaksanakan?Open or Close
Mutaah ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan. Ia dilaksanakan atau diberi selepas tamatnya iddah.
- Apakah perkara yang diambil kira oleh Mahkamah untuk membolehkan seseorang itu mendapat mutaah?Open or Close
Mahkamah boleh selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.
- Apakah yang dimaksudkan dengan Mutaah?Open or Close
Segala bentuk saguhati yang berupa harta atau barangan bernilai yang diberikan oleh suami kepada bekas isterinya selepas berlakunya penceraian.
- Saya telah diceraikan pada Disember 2015, semasa penceraian tersebut telah direkodkan bahawa saya tidak akan menuntut mutaah dan iddah terhadap suami, adakah saya masih berhak menuntutnya?Open or Close
Sekiranya penjanjian atau persetujuan berkenaan tuntutan mutaah itu dibuat sebelum lafaz cerai maka puan masih lagi boleh menuntut. Namun sekiranya penjanjian atau persetujuan tersebut direkodkan selepas lafaz cerai maka puan tidak boleh menuntut lagi. Hak mutaah hanya wujud setelah lafaz cerai dilafazkan oleh suami, oleh yang demikian tidak sah penjanjian atau persetujuan yang dibuat terhadap perkara yang masih belum wujud.
- Bagaimana hak mutaah bagi isteri boleh gugur?Open or Close
Hak Mutaah akan gugur apabila isteri bersetuju dalam perjanjian yang dibuat selepas perceraian bahawa dia tidak akan menuntut mut'ah daripada suaminya. Hak Mutaah juga gugur bilamana penceraian berlaku melalui Khulu’ atau Tebus Talaq dan Fasakh yang disebabkan keaiban isteri.
- Berapa kadar atau jumlah mutaah biasa diperolehi?Open or Close
Kadar mutaah tidak ditetapkan oleh hukum Syarak,ianya bergantung kepada pentafsiran oleh mahkamah dan juga kemampuan bekas suami dan tidak semestinya berupa wang ringgit.
- Saya telah diceraikan oleh suami pada tahun 1994, adakah saya masih boleh menuntut mutaah?Open or Close
Puan masih boleh menuntut, kerana tiada tempoh tertentu dan boleh dituntut pada bila-bila masa. Namun begitu sekiranya puan telah mempunyai perintah mutaah daripada mahkamah dan telah melebihi enam tahun perintah tersebut puan hendaklah memohon kebenaran mahkamah terlebih dahulu untuk perlaksanaan perintah tersebut.
- Bagaimana saya hendak mendapatkan hak mutaah tersebut?Open or Close
Puan boleh mengemukakan tuntutan Mutaah di Mahkamah Syariah dan Mahkamah akan menilai kadar Mutaah itu berdasarkan bukti yang dikemukakan dan perintah sewajarnya menurut hukum Syarak.
