𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗞𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵-𝗞𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 (𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀) (𝗕𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗙𝗶) 𝟮𝟬𝟮𝟲

 
𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗞𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵-𝗞𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 (𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀) (𝗕𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗙𝗶) 𝟮𝟬𝟮𝟲
 

6 Mei 2026 (Rabu)

Satu sesi 𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗞𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵-𝗞𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 (𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀) (𝗕𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗙𝗶) 𝟮𝟬𝟮𝟲 telah selamat berlangsung hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Syarie (KHS), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs).

Mesyuarat strategik ini bertujuan memperincikan tatacara, penyelarasan borang baharu, serta struktur fi berkaitan proses pengangkatan anak bagi umat Islam di Negeri Perlis demi memastikan kebajikan kanak-kanak dan hak pemohon terpelihara.

Perbincangan ini melibatkan kerjasama erat antara empat agensi utama bagi memastikan kelancaran pelaksanaan kaedah baharu ini dihadiri oleh :

JKSNPs: Diketuai oleh YAA Tuan Haji Jaidi Bin Ahmad (Ketua Hakim Syarie), bersama YA Puan Wan Aaiza bin Wan Abdullah serta barisan pegawai kanan Tuan Khairul Azwadi, Tuan Mohamad Al Hafid, Tuan Azman, dan Tuan Mohamad Fahmi.

Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Perlis: Dihadiri oleh Tuan Alwi bin Embong.

JPN Perlis: Diketuai oleh Puan Madihah binti Muhammad (Pengarah JPN Perlis) bersama 3 orang pegawai.

JKM Perlis: Diwakili oleh Encik Rusdi bin Ishak (Timbalan Pengarah JKM Perlis) bersama 3 orang pegawai.

Semoga usaha murni dan penyelarasan ini dapat memberikan perkhidmatan yang lebih efisien, telus, dan memudahkan urusan masyarakat di Negeri Perlis.

 

 

About the Author
splwpk-procurement HRMIS MYHRMIS MOBILE