𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐔𝐀𝐌 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐄 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 (𝐏𝐆𝐒𝐌 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐬) 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 (𝐉𝐊𝐒𝐍𝐏𝐬)


KANGAR, 8 April 2026 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Perlis (PGSM Perlis) bertempat di Kompleks Darul Qada' Tuanku Syed Sirajuddin, JKSNPs.
Sesi pertemuan yang bermula pada jam 2.30 petang ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara pihak mahkamah dan pengamal undang-undang syarie di negeri ini. Selain itu, ia menjadi platform perkongsian pandangan demi memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman Islam agar sentiasa efisien dan progresif.
Pertemuan harmoni ini diharapkan dapat memantapkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan keadilan kepada masyarakat, selaras dengan matlamat memperkasakan syiar Islam di Negeri Perlis.
"Keadilan Syarie, Keberkatan Insani"
