Kursus Pembangunan Organisasi dan Pemerkasaan Integriti Bebas Rasuah

 
Kursus Pembangunan Organisasi dan Pemerkasaan Integriti Bebas Rasuah
 

Kangar, 31 Oktober 2025 –Unit Integriti Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis telah menganjurkan Kursus Pembangunan Organisasi dan Pemerkasaan Integriti Bebas Rasuah di Dewan Serbaguna Jabatan Perhutanan Negeri, Bukit Ayer Resort, melibatkan 36 pegawai dan kakitangan JKSNPs. Kursus sehari ini bertujuan memperkukuh nilai integriti dan semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja. Majlis dirasmikan oleh PsK Mohamad Razif bin Ab Rased, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Perlis, disertai ceramah oleh PKPs Mohd Faiq bin Hussin serta pelbagai aktiviti interaktif seperti Pancing Integriti, Sukan Balon Amanah dan Lakonan Integriti yang menekankan pentingnya kejujuran, amanah dan penolakan rasuah. Majlis penutup disempurnakan oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, dengan penyampaian hadiah kepada pasukan terbaik, menegaskan bahawa integriti ialah amalan berterusan dan amanah perlu dijaga seperti belon air – mudah pecah dan sukar diperbaiki.

 

 

 

About the Author
splwpk-procurement HRMIS MYHRMIS MOBILE