KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI PERLIS KE ATAS YAA KETUA HAKIM SYARIE NEGERI PERLIS

Tarikh : 14 Mei 2025
Masa : 3.30 petang
Tempat : Dewan Mesyuarat Utama, Tingkat 7, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) telah menerima lawatan kerja daripada delegasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Perlis di mana tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan di antara agensi dan membincangkan isu pindaan maklumat kelahiran berdasarkan perintah mahkamah serta kerjasama yang boleh diwujudkan selaras dengan fungsi jabatan.
Delegasi JPN Perlis telah diketuai oleh Puan Madihah binti Muhammad (Pengarah JPN Perlis) dan disambut mesra oleh YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad (Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis) serta para pegawai JKSNPs.
JKSNPs merakamkan penghargaan atas kunjungan ini dan semoga perkongsian ilmu yang bermanfaat ini boleh dijadikan panduan ke aras penambahbaikan di kedua-dua jabatan.
