LAWATAN KERJA PENANDA ARAS JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERLIS

 
LAWATAN KERJA PENANDA ARAS JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERLIS
 

Tarikh   : 7 Mei 2025

Masa    :   2.30 petang

Tempat : Dewan Mesyuarat Utama, Aras 7, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis, Darul Qada' Tuanku Syed Sirajuddin

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) telah menerima lawatan kerja daripada delegasi Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPENS) di mana tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi amalan terbaik dalam aspek pengurusan kes syariah serta memperkukuhkan hubungan strategik di antara kedua-dua jabatan.

Delegasi JPENS telah diketuai oleh YM Tuan Raja Mazelan bin Raja Deraman (Ketua Pendakwa Syarie) dan disambut mesra oleh YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad (Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis) serta para pegawai JKSNPs. Antara pengisian utama lawatan ini termasuklah sesi taklimat pengurusan perbicaraan kes syariah di Perlis dan sesi diskusi dua hala yang membincangkan cabaran dan inisiatif dalam pentadbiran kehakiman dan pendakwaan syariah.

JKSNPs merakamkan penghargaan atas kunjungan ini dan berharap hubungan kerjasama di antara kedua-dua jabatan akan terus diperkukuhkan demi kemajuan sistem keadilan syariah negara.

 

 

 

About the Author
splwpk-procurement HRMIS MYHRMIS MOBILE