๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐„ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’

 
๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐„ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’
 

KANGAR, 27 Februari 2025 | Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis, YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad pada hari ini berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas YA Dr. Arik Sanusi bin Yeop Johari, Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Perlis di pejabat beliau di Mahkamah Negeri Perlis. Kehadiran YAA Ketua Hakim Syarie disambut mesra oleh Yang Arif dan Datoโ€™ Nuโ€™aman bin Mahmud Zuhudi, Pengarah Mahkamah Negeri Perlis serta pegawai dan kakitangan pejabat beliau. Turut hadir bersama YAA Ketua Hakim Syarie adalah pegawai-pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis, iaitu Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie dan Penolong Pengarah Kanan Teknologi Maklumat. Objektif utama kunjungan dari Jabatan ini adalah untuk mempereratkan hubungan antara kedua-dua institusi kehakiman ini di samping menimba ilmu dan berdiskusi mengenai sistem pengurusan rekod bicara di dalam mahkamah. Kunjungan ini juga sebagai usaha dan manifestasi Jabatan dalam meningkatkan kecekapan sistem sedia ada dalam memastikan kelancaran pentadbiran keadilan. Selain sesi perkongsian dan perbincangan interaktif, YAA Ketua Hakim Syarie dan pegawai-pegawai Jabatan ini juga diberikan peluang mengenali sistem pengurusan rekod bicara dan sistem pengurusan kes di Mahkamah Sivil dan turut dibawa melawat beberapa lokasi di Mahkamah Negeri Perlis. Perkongsian pengalaman dan kepakaran ini memberikan manfaat yang besar kepada kedua-dua pihak dalam meningkatkan kecekapan dan kredibiliti. Harapannya, dengan kerjasama yang terbina antara institusi kehakiman Syariah dan sivil ini dapat diterjemahkan kepada tindakan yang lebih efektif dalam memperkasa sistem keadilan di negara ini.

 

 

 

About the Author
splwpk-procurement HRMIS MYHRMIS MOBILE