𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐔𝐀𝐌 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐄 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎

KANGAR – Komitmen berterusan dalam memperkasakan profesion perundangan Syariah di Negeri Perlis.
Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Perlis Bilangan 1 Tahun 2026 yang diadakan pada jam 10 pagi ini, 6 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Syarie (KHS) di Aras 6, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YAA KHS Negeri Perlis, Tuan Haji Jaidi bin Ahmad dan dihadiri oleh YB Tuan Yang Zaimey bin Yang Ghazali (Penasihat Undang-undang Negeri Perlis), YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor (CEO MAIPs), YBhg. Dr. Nidzamuddin bin Zakaria (Ahli Majlis MAIPs), YBrs. Tuan Khairulanuar bin Ahmad (Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perlis) dan YBrs. Tuan Mohd Hapiz bin Rajali (Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Negeri Perlis).
Mesyuarat dimulakan dengan perutusan sulung pengerusi bagi tahun 2026, yang menekankan aspek integriti dan kualiti perkhidmatan peguam syarie dalam membantu kelancaran proses keadilan di mahkamah.
Antara agenda utama yang menjadi fokus perbincangan termasuklah:
✅ Pengesahan & Maklum Balas Minit: Menilai tindakan susulan daripada keputusan mesyuarat terdahulu (Bil. 3/2025).
✅ Hala Tuju Kerjaya: Taklimat terperinci mengenai Jadual Perbatuan (Milestones) Pengambilan Peguam Syarie sesi 2026/2027.
✅ Persediaan Peperiksaan: Taklimat khusus mengenai Peperiksaan Peguam Syarie 2026/2027 sebagai standard kualiti kemasukan ahli baharu.
Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan yang menzahirkan harapan agar sinergi antara jawatankuasa terus diperkukuh demi menjaga kedaulatan undang-undang Syariah di Negeri Perlis.
