faq jksnmaklumbalas jksnpeta jksn

logo perlis 

OPERASI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PERLIS DALAM

TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA BERKUATKUASA

MULAI 5 JULAI 2021

Dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Peralihan Secara Berperingkat, pengoperasian Mahkamah Syariah akan bermula pada 5 Julai 2021. Bagi pendaftaran kes-kes baru dan kes-kes yang telah ditangguhkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi sebutan, perbicaraan, Majlis Sulh dan Rundingcara Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) akan dilaksanakan seperti berikut:

      1. Pendaftaran kes-kes baru

1.1 Hanya tertakluk kepada kes-kes mendesak seperti berikut:

  1. Wali Hakim
  2. Kebenaran Nikah Bawah Umur
  3. Sijil Faraid/Akuan Pusaka
  4. Pengesahan Nikah
  5. Pengesahan Lafaz Cerai / Pengesahan Rujuk
  6. Tuntutan Penceraian
  7. Permohonan Interim/Injuksi
  8. Lain-lain kes yang wujud keperluan untuk pendengaran segera, permohonan boleh dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak melalui emel kepada Ketua Hakim Syarie di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

1.2 Borang-borang hendaklah dimuat turun dari laman sesawang JKSNPs (https://jksn.perlis.gov.my/index.php/public) dan diisi dengan lengkap mengikut keperluan pelanggan Mahkamah seperti berikut:

  1. Borang Permohonan Bagi Kes Mendesak
  2. Borang Kebenaran Ketua Hakim Syarie
  3. Borang Permohonan Prosiding Kes Secara Atas Talian

1.3 Semua pendaftaran kes baru hanya dibuat di Kaunter Mahkamah melalui kaedah janji temu yang telah ditetapkan.

      2. Kaedah janji temu untuk urusan di Kaunter Mahkamah:

  1. Untuk dapatkan tarikh janji temu boleh dibuat melalui kaedah berikut:                                                                                                                                                                                                                                                                                a) laman sesawang JKSNPs melalui https://tinyurl.com/JanjiTemuJKSNPerlis;

         b) Scan QR code jugak boleh didapati seperti berikut:

  • Di pondok pengawal JKSNPs
  • QR code juga boleh di dapati di laman web rasmi (https://jksn.perlis.gov.my/) dan facebook rasmi jabatan (@jksnps)                                                     

       ii. Operasi Kaunter Mahkamah berurusan secara janji temu sahaja dan sekiranya tiada janji temu para pelanggan TIDAK DIBENARKAN berurusan di Kaunter

          Mahkamah.

       iii. Waktu operasi Kaunter Mahkamah dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

      iv. Untuk urusan di Kaunter Mahkamah hanya terhad kepada lima (5) janji temu sahaja sehari.

       v. Slip pengesahan janji temu perlu ditunjukkan kepada pengawal keselamatan dan di Kaunter Mahkamah untuk berurusan di JKSNPs.

      vi. Hanya pihak-pihak sahaja yang dibenarkan berurusan di Kaunter Mahkamah dan perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

      3. Pengambilan dokumen

  1. Isi Borang Carian Dokumen secara atas talian melalui pautan https://tinyurl.com/SalinanDokumenJKSNPerlis
  2. Borang yang diterima akan diproses dalam tempoh satu (1) hari sahaja dan Mahkamah akan menghubungi semula untuk tujuan tindakan selanjutnya.
  3. Bayaran perlu dibuat (jika perlu) secara atas talian melalui https://ebayar.perlis.gov.my/payment/bayar.php dan resit perlu dikemukan pada hari pengambilan dokumen tersebut atau emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

      4. Bagi kes-kes yang ditangguhkan atau kes sedia ada:

  1. Persetujuan secara bersama hendaklah diperolehi dari kedua-dua belah pihak bagi membolehkan kes diteruskan secara atas talian.
  2. Permohonan bagi tujuan tersebut, pihak-pihak hendaklah mengisi Borang Permohonan Prosiding Kes Secara Atas Talian yang disediakan di laman sesawang JKSNPs dan dihantar melalui emel seperti berikut:
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

      iii. Jika tiada permohonan daripada pihak-pihak untuk mengadakan sebutan, perbicaraan, Majlis Sulh atau Rundingcara BSK dibuat secara atas talian,maka           kes akan ditangguhkan dan dibuat penjadualan semula; dan

      iv. Bagi kes-kes yang ditangguhkan dan dibuat penjadualan semula, pihak-pihak boleh melayari https://tinyurl.com/SemakanKesJKSNPerlis bagi mengetahui           tarikh baharu prosiding kes.

     5. Permohonan baru Peguam Syarie

  1. Borang boleh dimuat turun di ruangan Peguam Syarie
  2. Borang boleh dihantar melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.y atau melalui pos

 

QR CODE:

TEMPAH JANJI TEMU ANDA

https://tinyurl.com/JanjiTemuJKSNPerlis

janji temu

QR CODE:

SEMAKAN KES

https://tinyurl.com/SemakanKesJKSNPerlis

semakan kes

QR CODE:

AMBILAN/CARIAN DOKUMEN

https://tinyurl.com/SalinanDokumenJKSNPerlis

carian dokumen

QR CODE:

EBAYAR JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERLIS

https://ebayar.perlis.gov.my/payment/bayar.php

ebayar

Borang-borang boleh dimuat turun melalui pautan https://jksn.perlis.gov.my/index.php/public