Uncategorised - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis

 

SEKSYEN REKOD JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERLIS

 

VISI

Menjadikan Sistem Pengurusan Rekod JKSN/MSN teratur dan bersistematik serta menjadi pusat rujukan pengurusan rekod perundangan dan pentadbiran bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan memastikan mencapai keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti

 

MISI

Untuk menyimpan, mengesan, memperolehi, menjaga dan memulihara semua warisan khazanah rekod penting JKSN/MSN yang bernilai kebangsaan dan bersejarah kepada JKSM demi rujukan generasi masa kini dan akan datang.

 

 

OBJEKTIF

  1. Menguruskan proses penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan penjilidan rekod pengurusan kes mengikut prosuder yang ditetapkan bagi kegunaan perkhidmatan pendengaran kes,penyelidikan dan pengurusan.
  2. Menguruskan rekod-rekod dalam Kumpulan nilai utama (primary value) kerana ia penting kepada JKSN/MSN selaku agensi pewujud untuk kegunaan urusan pentadbiran, perundangan dan kewangan JKSN/MSN.
  3. Untuk memberikan perkhidmatan pengurusan rekod perundangan dan pentadbiran yang cekap dan efisyen yang mengandungi maklumat penting asal usul jabatan, organisasi, fungsi dan aktiviti yang dijalankan oleh JKSN/MSN, di mana menarik minat penyelidik yang ingin mengetahui sumbangan JKSN/MSN dalam Sejarah sosio ekonomi Negara.
  4. Memberi khidmat nasihat kepada jabatan mengenai pengurusan rekod jabatan yang sistematik dan berkesan.
  5. Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada warga kerja JKSN/MSN, para penyelidik dan orang awam.
  6. Ke arah mewujudkan masyarakat berilmu pengetahuan terhadap Sejarah JKSN/MSN, sekaligus memantapkan lagi semangat patriotik kepada Malaysia.
Enakmen 4 Tahun 1993 - Jenayah Dalam Syarak 1991
Enakmen 4 - Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006
Enakmen 5 - Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2006
Enakmen 6 - Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2006
Enakmen 7 - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2006
Enakmen 8 - Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 2006
Enakmen Jenayah Dalam Syarak ( Pindaan ) 2012 - Enakmen A34

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pindaan) 2024
- Peraturan-Peraturan Peguam Syarie Negeri Perlis 2024

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2006
- Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (SULH) Perlis 2018

Nama *
Emel *
No. Telefon *
Maklum Balas / Cadangan *

 

Data terbuka JKNPs merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan.

 

Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. 

 

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat : Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

 

Berikut Adalah Set Data Di Portal Data Terbuka:-

  1. Senarai Kes Mal, Jenayah dan Faraid bagi tahun 2015 mengikut kategori bagi Negeri Perlis.

 

 

 

splwpk-procurement HRMIS MYHRMIS MOBILE