faq jksnhubungi jksnmaklumbalas jksnpeta jksn

DIFINISI RUJU’

Perkataan ruju’ dalam Bahasa Arab bermaksud”kembali kepada asal sesuatu,samaada asal tiu bertempat,perbuatan atau perkataan.Begitu juga dengan kesemua perbuatan atau sebahagian atau satu perbuatan sahaja.” Didalam undang-undang keluarga Islam maksud “Rujuk isteri yang telah ditalak,iaitu mengembalikan isteri yang ditalak kepada nikah yang asal tanpa akad yang baharu.”

Difinisi ruju’ mengikut istilah fuqaha adalah seperti berikut:

FUQAHA MAZHAB HANAFI

Al Kasani didalam Kitab Badai’e al Sanai’e menyatakan”Rujuk ialah mengekalkan pemilikan yang sedia ada dan menghalangnya daripada luput serta menjauhkan sebab yang boleh menghilangkannya.” Apa yang dimaksudkan didalm pandangan fuqaha diatas dengan perkataan(Mengekalkan pemilikan) ialah mengekalkan keadaan asal.Perkataan(pemilikan) ialah menghalalkan menikmati kelazatan isteri dengan jimak atau lainnya.

FUQAHA MAZHAB MALIKI

Fuqaha Maliki mendifinisikan ruju’ sebagai “Mengembalikan isteri yang ditalak kepada pemilikan suami tanpa akad baharu.” Perkataan mengembalikan bermaksud”merujuk kepada perkara asal. Perkataan isteri pula memberikan makna syarat berjimak dengannya secara betul dan hakikat.Perkataan pemilikan pula sama dengan memiliki.

FUQAHA MAZHAB SYAFIE

Fuqaha Mazhab Syafi’e mendifinisikan ruju’ ialah”mengembalikan isteri yang ditalak(bukan bain) kepada nikah yang asal semasa dalam eddah berdasarkan kaedah tertentu.” Terdapat pandangan masyhur dalam mazhab Syafi’e”isteri yang layak diruju.’ Adalah haram bagi suaminya selagi mana ia tidak diruju’ secara syarak.”

FUQAHA MAZHAB HANBALI

Fuqaha Hanbali ruju’ ialah “megembalikan isteri yang ditalak(bukan bain) kepada hokum sebelumnya(pernikahan) tanpa akad.Boleh diungkapkan juga bahawa ruju’ ialah  mengikat perempuan dengan hokum perkahwinan.” Berdasarkan kepada keempat-empat pandangan mazhab-mazhab tersebut dapat disimpulkan bahawa ruju’ mempunyai batasan ruju’,dan ciri-ciri difinisi itu merangkumi keadaan lojik,iaitu mengambalikan isteri yang ditalak(bukan bain)kepada hokum asal tanpa akad nikah mengikut kaedah tertentu.

HIKMAH PENSYARIATAN RUJU'

Diantara hikmah pensyariatan ruju’ adalah seperti berikut:

Syariat Islam telah membawa penjelasan,panduan dan tunjuk ajar yang berhemah dan syariat ruju’ adalah sebagai undang-undang yang memberi peluang bagi memuhasabah diri,serta menyesal diatas perbuatan serta merasa keperitan perpisahan yang berlaku.Sekiranya suami memilih untuk mengekalkanikatan perkahwinan,maka dia boleh kembali kepada isterinya dengan ruju’ yang dihalalkan. AlKasani menambah bahawa keperluan itu memerlukan ruju’ kerana manusia mungkin mentalakkan isterinya kemudian menyesal keatas perbuatannya,lalu berlakulah perzinaan.

RUKUN RUJU’

a.Lafaz yang membawa maksud ruju’.

b.suami yang telah menceraikan isterinya.

c.Perempuan yang diruju’.(Bukan talak bain)

 

Waallahualam.

Dipetik dari Buku Hukum Ruju’ Dalam Fekah Islam Jakim.

Disediakan oleh Ketua Hakim Syarie.