faq jksnhubungi jksnmaklumbalas jksnpeta jksn

MUKADDIMAH.

Lelaki diciptakan oleh Allah S.W.t sebagai pemimpin,dibahu mereka terletak tugas dan tanggungjawab yang besar.Dibahu mereka dibebani dengan amanah yang berat untuk dipikul iaitu memelihara wanita sepertimana Firman Allah dalam Surah An Nisak ayat 34 yang bermaksud”Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita,oleh itu Allah telah melebihkan orang-orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan(memberi nafkah) sebahagian dari hartanya……(Surah An Nisak ayat 34)

Lelaki yang baik  adalah lelaki yang mehormati dan meninggikan darjat wanita.Besarnya tanggungjawab seorang lelaki sehinggakan segala tanggungjawab keatas wanita dipikulkan keatas bahu seorang lelaki.

Wanita diangkat tinggi darjatnya dalam Islam sekaligus memiliki banyak keistimewaan dan lebih unggul jika dibandingkan dengan lelaki. Bahkan terdapat satu surah dalam Al Quran yang mengkhususkan perihal wanita yang dinamakan dengan surah “An Nisa’ ”.

Rasulullah SAW juga menjanjikan syurga sebagai suatu khabar gembira kepada wanita yang mencukupi syarat-syarat tertentu untuk masuk syurga.Sebuah hadis daripada Abd.Rahman bin Auf RA bahawa Rasullah SAW bersabda bermaksudnya”Jika seseorang wanita menjaga solat lima waktu,berpuasa sebulan(Didalam bulan Ramadhan) serta menjaga kehormatannya(dari berzina) dan benar-benar taat pada suaminya,maka dikatakan pada wanita yang memiliki sifat mulia itu”masuklah kedalam syurga melalui mana saja yang engkau suka.” HR Ibnu Hibban.

Wanita juga memainkan peranan penting dan penyebaran agama Islam.Lihat sahaja contoh manusia pertama yang memeluk Islam selepas baginda Rasullah SAW ialah Ummul Mukminin Saidatina Khadijah,maka wanita pertama yang mati syahid dalam Islam pula iaitu Sumaiyah,Begitu juga dengan wanita-wanita lain yang telah dimuliakan didalam Islam seperti ibu Baginda sendiri Siti Aminah dan isteri firaun Asiah serta perihal ratu Balqis yang mana kisah mereka telah dirakamkan didalam Al Quran.Seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 golongan wanita diakhirat kelak antaranya:-

1. Ibunya

Rasullah SAW telah menetapkan bahawa Islam amat mengutamakan siibu sebagai insan yang layak menerima segala layanan yang terbaik dari setiap anak-anaknya.Ini kerana segala pengorbanan yang ditanggung oleh seorang ibu sepanjang tempoh kehamilannya diikuti dengan proses melahirkan,kemudian memelihara untuk membesarkan kita adalah satu tempoh yang amat sukar.Namun begitu ia Berjaya diatasi dengan sebab rasa kasih saying yang amat mendalam dalam diri seorang ibu berserta sokongan dari seorang bapa.Jelaslah bahawa terlalu banyak pengorbanan oleh ibu,maka selayaknyalah ibu diberi penghormatan yang amat tinggi,ini bertepatan sekali dengan sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasullah SAW telah bersabda bermaksudl;

“Seorang lelaki telah datang kepada Rasullah SAW dan berkata;Wahai Rasullah,siapakah insan yang paling utama aku berbuat baik kepadanya?Baginda bersabda;ibu mu.Lelaki itu bertanya lagi kemudian siapa?Baginda menjawab.Ibu mu.Lelaki itu bertanya lagi kemudian siapa?Baginda menjawab.Ibu mu.Lelaki itu bertanya lagi; Lelaki itu bertanya lagi;kemudian siapa?Baginda menjawab;Bapa mu.”HR Al Bukhari dan Muslim.

Dalam Al Tahrim ayat 6 Allah berfirman maksudnya”Wahai orang yang beriman,Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan-bahan bakarannya ialah manusia dan batu(berhala).Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar(layanannya).Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

2. Isterinya.

Islam telah mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita.Sebagai peminpin,lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan,kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka.Oleh itu,para suami hendaklah melaksanakan tanggungjawab dan tugas mereka dengan amanah supaya rumahtangga mereka akan lebih mantap dan kukuh serta dapat menghindarkan dari sebarang fitnah yang akan merosakkan kerukunan rumahtangga mereka.

3. Anak perempuannya.

Apabila seorang lelaki diberi amanah berbentuk cahayamata,maka bertambahlah juga tanggungjawab yang wajib dipikul.Fungsi mendidik anak sememangnya terletak pada bahu seorang bapa,manakala ibu sebagai penyokong utamanya.Lebih-lebih lagi anak perempuan yang memerlukan pendekatan dan pendidikan yang berbeza dari anak lelaki kerana sifat dan perasaan mereka yang lembut dan lebih

sensitive.Inilah yang telah dibayangkan oleh Rasullah SAW melalui hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda”Berwasiatlah untuk para wanita itu diciptakan dari tulang rusuk yang paling bengkok bahagian atasnya.Jika engkau ingin meluruskan tulang rusuk tersebut maka engkau akan mematahnya,dan jika engkau membiarkannya maka ia akan tetap bengkok,maka berwasiatlah untuk para wanita.”(HR riwayat al Bukhari dan Muslim).

Oleh itu didiklah anak perempuan dengan sebaiknya dan fahamkan mereka dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang mereka harus pikul sebagai wanita Islam seperti solat,menjaga aurat dan batas-batas pergaulan sepertimana yang telah ditetapkan oleh Syarak.Usah terpedaya dengan hambatan nafsu dunia yang melalaikan sedangkan akhirat dan syurga yang abadi adalah lebih indah dari apa yang didunia yang fana ini.

4. Saudara perempuannya.

Apabila ayah mahupun suami telah meninggal dunia,maka adalah menjadi kewajipan bagi saudara-saudara lelaki yang mengawasi dan memelihara maruah saudara-saudara perempuan mereka seperti mereka memelihara maruah anak dan isteri mereka sendiri.Ini adalah selaras dengan tuntutan Allah SWT didalam Surah Assyara’ ayat 214”Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabat kamu  yang dekat.”

Oleh itu kaum lelaki mestilah mengambil tanggungjawab mendidik,membimbing dan melindungi saudara-saudara perempuan dan anak-anaknya.

Penutup

Berdasarakan apa yang telah dijelaskan diatas adalah menjadi tanggungjawab lelaki dalam mendidik dan membimbing wanita adalah berat dan semua pihak sewajarnya menjalankan amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka dengan lebih bertanggungjawab bagi mengelakkan ditimpa sebarang musibah keatas semua makhluk didunia ini.

Bimbingan yang diberikan terhadap wanita secara toleransi akan Berjaya mencapai matlamatnya.Dalam hal ini umat Islam diharapkan tidak mengeploitasi wanita,merendahkan murtabat mereka serta menafikan hak-hak mereka.Para wali sewajarnya memberikan bimbingan agama yang betul kepada wanita supaya para wanita dapat memahami tanggungjawab mereka sepertimana yang digariskan oleh agama Islam.

Sekian,terima kasih.

YAA Haji Othman Bin Ibrahim

Kamar Ketua Hakim Syarie Perlis.