faq jksnhubungi jksnmaklumbalas jksnpeta jksn

PENDIDIKAN yang ingin diterapkan kepada anak perlu bermula daripada kecil supaya dapat dilentur dengan potensi diri yang baik. Bukan saja ibu bapa perlu memainkan peranan memberi pendidikan kepada anak, bahkan guru, ulama dan setiap anggota masyarakat yang berada dalam sesuatu persekitaran berkewajipan untuk mendidik.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Setiap anak yang lahir dilahirkan di atas fitrah, maka kedua-dua orang tuanya menjadikannya Yahudi, Majusi, atau Nasrani.” (HR Bukhari)

Menurut, Sheikh Sidi Rohimudin Nawawi al-Bantani , hadis itu membawa maksud setiap anak mempunyai nilai kebaikan dalam diri sejak lahir., setiap manusia yang dilahirkan mempunyai potensi baik dan sifat semula jadi yang bersih serta suci.

“Dalam diri manusia, tetap ada potensi baik dalam diri. Sifat buruk itu hanya datang kemudian disebabkan keburukan dan nafsu yang mengubah diri mereka.

“Malah ibu bapa juga yang mendidik anak untuk hidup berdasarkan fitrah, iaitu melalui pendidikan dan kehidupan yang diterapkan.Ibu bapa sebagai orang yang setiap hari melihat anaknya membesar sudah tentu mempunyai cara yang tersendiri untuk mendidik anak mereka kearah yang lebih baik.

Ibu bapa yang tidak memiliki kemampuan yang cukup untuk memelihara potensi ini, maka anak-anak akan melihat kepada persekitarannya pula,jika dibiarkan akan menjerumuskan anak-anak tersebut kepada perkara yang boleh membawa keburukan dan kerosakan diri anak tersebut.

Firman Allah SWT: “Wahai orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)

Daripada Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda: “Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpin dan setiap daripada kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin.” (HR Bukhari dan Muslim)

Dalam usaha mendidik anak juga perlu bersifat adil yang harus melihat kepada bakat dan potensi diri yang disebut sebagai sifat adil oleh Rasulullah SAW.

Mendidik anak bukan dengan memaksa keinginan kita kepada anak. Setiap anak itu tumbuh dengan kemampuan diri masing-masing yang diberikan oleh Allah SWT.

 

Faktor dalaman

Seterusnya kemampuan diri yang ada pada mereka itu dapat digunakan dengan baik dan menjalani kehidupan dengan bimbingan Allah SWT.

Faktor dalaman utama yang membentuk perilaku manusia ialah Allah SWT sebagai pencipta manusia selain malaikat, nafsu dan syaitan. Ada faktor batin yang mempengaruhi perilaku manusia, iaitu Allah SWT yang ‘membisikkan’ kepada manusia dan meletakkan nilai kesucian fitrah dalam diri manusia.

“Ini kerana dalam diri manusia mempunyai kesucian dan kemuliaan daripada sifat penciptanya yang mana sudah tentu mempunyai kebaikan.

“Kemudian barulah bisikan nafsu, syaitan dan faktor luaran lain seperti ibu bapa dan rakan yang akan menutup dan merosakkan fitrah manusia itu.

Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda: “Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka.” (HR Bukhari).

Nabi SAW juga bersabda “Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia 7 tahun dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun,” (HR Abu Daud)

Islam sememangnya membenarkan hukuman dikenakan kepada anak yang membuat kesalahan tetapi menetapkan batasan agar hukuman itu dijadikan teladan dan bukannya hukuman yang menyakitkan.

“Pukulan secara keras hanya akan menjadikan pendidikan yang buruk. Malah sekiranya menggunakan pukulan sebagai hukuman, jangan sampai ia menyakitkan kerana kesannya bukan saja sakit pada fizikal, bahkan jiwa. Malah hukuman yang dilakukan secara kasar perlu dielakkan kerana manusia tidak dapat dididik dengan cara kekerasan,

 

Persekitaran baik

Dalam memberi pendidikan kepada anak juga perlu melihat lokasi yang boleh memberi persekitaran yang baik untuk proses pembelajaran.

“Secara realitinya, seorang yang soleh juga dididik oleh guru dan bukan orang tuanya. Malah dalam sistem pendidikan Islam, ulama terdahulu membuka sekolah pondok atau madrasah kerana mempunyai nilai fitrah yang suci dalam diri.

“Mereka melihatnya sebagai amanah daripada Allah SWT untuk mendidik manusia. Jadi mereka membuka dan membangunkan institusi pendidikan pondok untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

 

Kesimpulan

Mendidik anak-anak dizaman sekarang amat berbeza dengan zaman terdahulu yang memerlukan ibubapa,sekolah guru-guru serta masyarakat mempunyai satu kaedah bagi mendidik anak-anak supaya mendapat didikan yang sempurna dan membantu untuk memajukan diri dan negara dimasa akan datang.

 

Sumber Artikel : https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/01/520391/didik-secara-bijaksana-bukan-paksaan/amp

Tarikh Artikel : Rabu, 16 Januari 2019