A A

faq jksnhubungi jksnmaklumbalas jksnpeta jksn

بسم الله الرحمن الرحيم

 

        Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT  yang masih meminjamkan nafas untuk kita menikmati keseronokan beribadah di dalam bulan Ramadan al-Mubarak ini. Mudah-mudahan Allah SWT menerima ibadah kita dan memanjangkan usia kita ke Ramadan akan datang. Ramadan merupakan platform terbaik untuk kita melakukan anjakan paradigma dari segi minda dan tatacara kerja serta menggembleng fikiran dan tenaga untuk meningkatkan mutu sistem kehakiman syariah ke arah yang lebih cemerlang berlandaskan tiga moto iaitu CIA - “Cendikiawan, Ikhlas dan Amanah” seperti yang disarankan oleh Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM, YAA Dato’ Dr. Mohd Na’im Mokhtar.  

          Syawal yang bakal bersua pula memberi ruang dan kesempatan untuk kita saling melupakan segala perselisihan faham yang berlaku. Ambillah peluang ini untuk kita saling bermaaf-maafan dan mengukuhkan lagi keakraban hubungan, kerjasama dan persahabatan yang sedia terjalin. Marilah kita berkasih sayang kerana Allah SWT kerana ia adalah asas kekuatan dan kejayaan di dalam sebuah organisasi serta menutup ruang perpecahan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis. Semoga Ramadan dan Syawal tahun ini akan membersihkan kita dari segala dosa dan diterima oleh Allah SWT sebagai hamba yang diredhai.

 

Sekian, Wassalam.

 

YANG AMAT ARIF TUAN HAJI OTHMAN BIN IBRAHIM

KETUA HAKIM SYARIE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERLIS