faq jksnhubungi jksnmaklumbalas jksnpeta jksn

 

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta keizinanNya kita dapat berkumpul pada pagi ini dalam keadaan sihat dan bertenaga untuk kita terus menyambung tugasan dan amanah dalam menyelesaikan masalah masyarakat khususnya rakyat negeri Perlis.

Sempena perhimpunan sulung warga JKSN Perlis bagi tahun ini, saya selaku Ketua Jabatan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan JKSN Perlis kerana telah menunjukkan komitmen dan prestasi yang cemerlang sepanjang tahun 2018.

Berbagai suka dan duka kita telah harungi bersama sepanjang tahun lepas dan saya berharap ia merupakan kenangan dan sejarah yang akan menjadi pengajaran kepada kita agar yang baik itu dijadikan teladan manakala yang buruk itu dijadikan sempadan untuk menempuh tahun 2019 yang lebih mencabar.

Saya amat berharap kita semua dapat memberi layanan yang baik kepada semua pelanggan yang datang berurusan di Jabatan ini. Bantulah mereka dengan lemah lembut, sopan santun dan berbudi bahasa. Anggaplah pelanggan kita seperti saudara mara kita yang sedang menghadapi masalah dan perlu dibantu.

Saya juga ingin mengingatkan tuan-tuan dan puan-puan semua khususnya petugas-petugas kaunter, layani lah pelanggan kita dengan senyuman. Tepati lah masa dan sentiasalah berpakaian kemas ketika menjalankan tugas.

Akhir kata, saya berharap segala perancangan yang telah disusun dan dirancang bagi tahun 2019 ini dapat dilaksanakan dengan baik. Saya doakan tahun 2019 akan menjadi tahun yang lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelum ini.

Sekian, terima kasih.

11 JANUARI 2019