faq jksnhubungi jksnmaklumbalas jksnpeta jksn

 

PENGURUSAN KES DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PERLIS

Permulaan proses bagi kes Mal, Jenayah atau Faraid akan bermula apabila pelanggan hadir ke Bahagian Pengurusan Mahkamah untuk membuat pendaftaran kes mengikut bidang kuasa mahkamah. Setelah pendaftaran kes selesai, pihak mahkamah akan membuat penjadualan kes dan kes tersebut akan disediakan dari segi fail kes, saman / notis permohonan dan sebagainya.  Kemudian kes tersebut akan disebut pada hari yang telah ditetapkan. Selepas itu, perbicaraan penuh akan dijalankan iaitu setelah segala prosiding dilengkapkan pada hari-hari sebutan yang terdahulu. Setelah perbicaraan kes selesai dijalankan, Mahkamah akan menguruskan pula perintah-perintah Mahkamah. Salinan perintah akan diserahkan kepada pihak-pihak yang memohon. Akhirnya, Mahkamah juga akan menerima apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang tidak berpuashati terhadap mana-mana keputusan yang telah diputuskan. Proses rayuan akan diuruskan sehingga kes rayuan didengar dan diputuskan.