ETIKA PAKAIAN KETIKA BERADA DI MAHAKAMAH SYARIAH
LELAKI :
Baju-T, seluar pendek, jeans, rambut panjang melebihi paras bahu, selipar, topi adalah tidak dibenarkan
PEREMPUAN :
Baju-T, baju / seluar pendek, mini skirt, baju / kain/ seluar ketat, jeans, selipar, topi, berselendang/ bertudung yang menampakkan rambut adalah tidak dibenarkan.
ETIKA KETIKA BERADA DI LUAR DEWAN MAHKAMAH
- Hendaklah menutup aurat bagi wanita (bertudung) dan bagi lelaki berpakaian yang bersesuaian serta kemas.
- Tidak dibenarkan merokok.
- Dilarang membawa senjata atau sebarang benda yang merbahaya.
- Dilarang membuat bising.
- Dikehendaki datang awal sekurangnya 15 minit sebelum perbicaraan.
- Dikehendaki mematuhi semua peraturan dan pemberitahuan yang dibuat oleh pegawai mahkamah dari masa ke semasa.
ETIKA KETIKA BERADA DI DALAM DEWAN MAHKAMAH
- Dikehendaki duduk menghadap ke arah Hakim dan memberi tunduk hormat pada waktu masuk dan keluar.
- Dilarang daripada mengambil gambar atau menggunakan alat perakam suara.
- Dilarang menggunakan telefon mudah alih atau alat keluli.
- Dilarang bercakap sesama sendiri / membuat bising.
- Kanak-kanak bawah umur 10 tahun, dilarang masuk ke dalam mahkamah kecuali dengan kebenaran.
- Dikehendaki mematuhi semua peraturan dan pemberitahuan yang dibuat oleh pegawai mahkamah dari masa ke semasa.