Bahagian Khidmat Pengurusan adalah bahagian yang menjalankan urusan pentadbiran jabatan ini. Ia terbahagi kepada dua (2) unit iaitu Pentadbiran dan Kewangan. Antara fungsi bahagian ini adalah seperti berikut :
1. Menguruskan pentadbiran am pejabat seperti pengurusan surat-menyurat, pengurusan fail, pengurusan aset dan setor jabatan.
2. Menguruskan hal berkaitan sumber manusia seperti perjawatan, gaji, cuti, kursus/latihan, dan lain-lain.
3. Menguruskan hal berkaitan kewangan seperti penyediaan anggaran bajet tahunan, gaji, elaun-elaun, pembelian barang-barang dan perkhidmatan, serta tuntutan-tuntutan pembayaran.