faq jksnhubungi jksnmaklumbalas jksnpeta jksn

Berita Terkini

Berita Terkini (17)

MAJLIS APRESIASI PERKHIDMATAN TERPILIH

27 July 2020 Berita Terkini 105 Views

apcmaip2020 1

JULAI 21, 2020 - Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, telah berkenan berangkat ke Majlis Apresiasi Perkhidmatan Terpilih dan Keterampilan Jabatan dan Agensi Agama Islam di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tahun 2019 yang berlangsung gilang-gemilang di Pauh Inn, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau. Tujuh orang warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis adalah di antara penerima anugerah dalam Majlis itu. Sekalung tahniah buat penerima Anugerah Perkhidmatan Terpilih iaitu Puan Norzurairah binti Mat Yussof, En. Mohd Qadir Jailani bin Sabri dan En. Ishak bin Ismail serta penerima Anugerah Keterampilan iaitu Tuan Mohamad Zaidi bin Abdullah, Puan Masrohayatie binti Talib, Puan Zuria binti Harun dan Cik Nurul Yaqeen binti Shaharudin. Semoga penghargaan tersebut menjadi motivasi kepada semua warga JKSN Perlis untuk sentiasa mempamerkan perkhidmatan berkualiti dan cemerlang.
Read more...
Read 105 times

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS MENTERI BESAR PERLIS

06 July 2020 Berita Terkini 211 Views

pejMB2

Julai 1, 2020 - Menteri Besar Perlis, YAB Dato’ Seri Azlan bin Man menerima kunjungan hormat daripada Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis, YAA Tuan Haji Ibrahim bin Deris di Pejabat Menteri Besar Perlis hari ini. Kunjungan disertai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, YA Tuan Jaidi bin Ahmad dan Puan Norzurairah binti Mat Yussof, Pegawai Penyelidik Kanan yang menanggung kerja Ketua Pendaftar. Dalam pertemuan itu selama kira-kira sejam, YAB Menteri Besar menjelaskan mengenai hal-ehwal pentadbiran agama Islam di Negeri Perlis. JKSN Perlis pula memberi taklimat berkaitan operasi Mahkamah Syariah Negeri Perlis. Kunjungan itu juga bagi mengeratkan hubungan antara Pejabat Menteri Besar Perlis dengan JKSN Perlis.
Read more...
Read 211 times

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS MUFTI NEGERI PERLIS

11 June 2020 Berita Terkini 104 Views

mufti

3 JUN 2020 - Pejabat Mufti Negeri Perlis, YAA Tuan Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) telah membuat kunjungan hormat kepada S.S Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Mufti Perlis bertempat di Jabatan Mufti Negeri Perlis. Kunjungan hormat ini diadakan untuk merapatkan hubungan di antara JKSNPs dan Jabatan Mufti Negeri Perlis demi menjaga maslahah umat Islam. Turut hadir dalam kunjungan itu adalah YA Tuan Jaidi bin Ahmad, Hakim Mahkamah Tinggi,Jabatan Kehakiman Syariah Perlis.

Read more...
Read 104 times

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA POLIS NEGERI PERLIS

03 June 2020 Berita Terkini 308 Views

pdrm

3 JUN 2020 - YAA Tuan Haji Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) telah membuat kunjungan hormat ke atas YDH. SAC. Dato' Surina Saad, Ketua Polis Negeri Perlis bertempat di Pejabat Rasmi Ketua Polis Perlis. Kunjungan hormat ini diadakan untuk merapatkan hubungan antara kedua belah pihak selain bertukar-tukar pendapat berkaitan perundangan dalam institusi mahkamah dan siasatan oleh PDRM agar kedua pihak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.Turut hadir dalam kunjungan itu adalah YA Tuan Jaidi bin Ahmad, Hakim Mahkamah Tinggi, Jabatan Kehakiman Syariah Perlis, YDH. ACP. Baderulhisham Bin Baharudin, Timbalan Ketua Polis Perlis, SUPT. Azahar Bin Muda, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, ASP. Haris Bin Rahim, Pemangku Ketua Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard PDRM Kontinjen Perlis.

Read more...
Read 308 times

URUSAN MAHKAMAH SYARIAH SELURUH MALAYSIA DITANGGUH

25 March 2020 Berita Terkini 355 Views

Susulan arahan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkaitan penularan wabak Covid-19, segala urusan di semua Mahkamah Syariah seluruh negara ditangguh, dan dilaksanakan melalui dalam talian. Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan tersebut kepada semua Mahkamah Syariah dan JKS Negeri, pada 17 Mac lepas.

Katanya, penutupan semua Mahkamah Syariah dan segala operasinya mulai 18 hingga 31 Mac dan arahan gerak kerja dari rumah, hendaklah dilaksanakan secara dalam talian seperti melalui telefon, emel atau aplikasi Whatsapp. Bagaimanapun beliau berkata jika terdapat keperluan untuk pendaftaran kes baharu, pegawai penguatkuasa hendaklah memaklumkan lebih awal kepada ketua pendaftar, bagi tujuan persediaan oleh pihak mahkamah.

“Bagi kesalahan yang boleh dijamin, ketua pendaftar hendaklah memastikan urusan jamin dapat diproses seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata antara urusan yang ditangguh adalah seperti prosedur perbicaraan dan pengurusan kes di Mahkamah Syariah, sama ada kes mal atau jenayah di mahkamah terbuka, mahupun di mahkamah tertutup.

“Selain itu, semua kes yang melibatkan Sulh, Runding Cara Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dan Majlis Tahkim, yang melibatkan kehadiran pihak-pihak di hadapan pegawai Sulh, BSK dan Hakam juga ditangguhkan sehingga 31 Mac,” katanya. Sulh merupakan suatu proses, di mana pihak-pihak yang terlibat di dalam suatu pertikaian terhadap satu atau beberapa tuntutan. Mohd Na’im menjelaskan bagi pemfailan atau pengurusan kes, petugas yang dibenarkan bertugas terdiri daripada seorang hakim, seorang pendaftar, seorang pembantu syariah dan seorang dari bahagian kewangan, sekiranya ada kes yang difailkan secara perakuan segera dan pemfailan notis rayuan, dalam tempoh 14 hari sahaja.

“Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah, ketua pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, pendaftar atau penolong pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan penolong pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya dari Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah,” katanya.

Mohd Na’im turut menasihati pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah supaya sentiasa peka dan mengikut arahan-arahan, yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa. “Saya mendoakan semoga kita semua berada di bawah perlindungan Allah SWT dan warga MSN dan JKSN dijauhi dari wabak Covid-19,” katanya.

Sumber - Bernama

Read more...
Read 355 times

MAJLIS PERPISAHAN KETUA HAKIM SYARIE

10 December 2019 Berita Terkini 661 Views

 Perpisahan YAA Othman

6 DISEMBER 2019 – Mantan Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs), YAA Tuan Haji Othman bin Ibrahim telah mengadakan jamuan kesyukuran kepada seluruh warga Jabatan sempena pertukarannya ke Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). YAA turut menyampaikan amanat kepada warga Jabatan supaya terus berkhidmat dengan ikhlas dan berdedikasi tanpa mengharapkan balasan. YAA yang sebelum ini juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Hakim Syarie JKSNPs, telah menabur bakti atas jawatan yang sama di Jabatan ini buat kali kedua pada 1.9.2016 hingga 6.12.2019. Berkuat kuasa 2.12.2019, YAA telah dilantik secara rasmi sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Malaysia di JKSM. Sekalung tahniah dan penghargaan atas segala jasa dan sumbangan YAA kepada JKSNPs dan Negeri Perlis. Semoga ianya menjadi amalan soleh yang diganjari oleh Allah SWT.

Read more...
Read 661 times

NAIB JOHAN PERTANDINGAN KIK PERINGKAT PSUKPs

21 October 2019 Berita Terkini 453 Views

 kik1 kik2

17 OKTOBER 2019 - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah mengadakan Hari Inovasi bertempat di Ruang Legar Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis. Antara program yang di isi pada hari tersebut adalah Ceramah Inovasi, Pameran Inovasi dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Horizon Baharu yang telah berlangsung pada 3 Oktober 2019 yang lalu. Kumpulan KIK dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis yang dikenali sebagai Courteasy telah diumumkan Naib Johan bagi kategori penambahbaikan. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh YB Puan Rozieana Binti Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Exco Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Teknologi & Inovasi, Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT).

Read more...
Read 453 times

PERTANDINGAN KIK PERINGKAT PSUKPs

09 October 2019 Berita Terkini 513 Views

KIK

3 OKTOBER 2019 - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menganjurkan Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bertempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis. Kumpulan KIK Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis yang dikenali sebagai Courteasy telah turut serta menyertai pertandingan tersebut. Kumpulan KIK JKSNPs juga telah membuat lawatan kerja ke Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Perlis pada 1 Oktober 2019 untuk berkongsi pengalaman dan mendapatkan input berkaitan KIK memandangkan JKDM Perlis baru sahaja dinobatkan sebagai Johan Pertandingan KIK Peringkat JKDM SeMalaysia bagi tahun 2019. Antara jabatan yang menyertai pertandingan KIK anjuran PSUKPs adalah Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan Dan Saliran, Majlis Sukan Negeri dan beberapa jabatan Negeri yang lain. Keputusan bagi pertandingan tersebut akan diumumkan pada Hari Inovasi yang dijangka berlansung pada 17 Oktober 2019.

Read more...
Read 513 times

PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA 2019

07 October 2019 Berita Terkini 383 Views

Asyura3

4 OKTOBER 2019 - Kelab Kebajikan dan Sukan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis telah mengadakan Program Kacau Bubur Asyura bertempat di Ruang Parkir JKSNPs. Program Kacau Bubur Asyura ini dilaksanakan di atas inisiatif Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Sukan JKSNPs bertujuan mengeratkan hubungan sesama kakitangan serta meraikan sambutan bulan Muharam tahun 1441 Hijrah. Bubur asyura yang telah siap dimasak kemudiannya diagihkan kepada semua warga JKSNPs sebagai satu langkah mengeratkan jalinan mesra sesama kakitangan agar semuanya dapat merasai hasilnya.

Read more...
Read 383 times

MAJLIS PERSARAAN KAKITANGAN JKSNPs

31 July 2019 Berita Terkini 187 Views

persaraan zahir

26 JULAI 2019 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis telah mengadakan Majlis Sempena Persaraan kakitangan JKSNPs iaitu Encik Mohmad Zahir Bin Inderus yang bakal bersara pada 30 Julai 2019. Beliau mula bertugas di JKSNPs sebagai Pembantu Operasi pada 1 Oktober 2000 dan telah memilih untuk bersara pilihan pada umur 56 tahun. Majlis tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JKSNPs dan telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis. Seluruh warga JKSNPs mengucapkan ribuan terima kasih di atas perkhidmatan beliau sepanjang berkhidmat bersama JKSNPs.

Read more...
Read 187 times
Page 1 of 2