faq jksnmaklumbalas jksnpeta jksn

LAWATAN DAN NAZIRAN KESELAMATAN ICT DAN SEMAKAN KETERSEDIAAN GO- LIVE PROJEK TRANSFORMASI E-SYARIAH VERSI 3 DI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERLIS.

20 July 2022 Berita Terkini 99 Views

 

   

4 dan 5 Julai 2003 bersamaan 4 dan 5 Zulhijjah 1443, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) telah menerima lawatan daripada Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Lawatan ini diketuai oleh Puan Aliza binti Abu, Ketua Penolong Pengarah BTMK bersama enam orang lagi pegawai yang mewakili tim Semakan Ketersediaan Go-Live Projek Transformasi eSyariah Versi 3 dan dua pegawai lagi untuk Naziran Keselamatan ICT. Team GO-LIVE diwakili oleh Puan Qulam Fatimah binti Sapuani, Puan Hasmaniza binti Ainullah, Encik Mohd Rushdan bin Hashim, Encik Noor Idzuan bin Ahmad, Puan Munira binti Zainol Rashid dan Puan Saadiah binti Ariffin. Sementara tim Naziran adalah Puan Aliza binti Abu, Puan Effah binti Abu Bakar dan Puan Nurlida binti Mohd Rani. Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk membuat semakan rangkaian, perkakasan dan aplikasi di kaunter pendaftaran, dewan bicara, lokasi pegawai SULH, lokasi penghantar notis/bailif dan lokasi pembantu hakim di Kaunter Pendaftaran dan Kewangan, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah dan juga membuat naziran keselamatan ICT termasuk memeriksa dokumen-dokumen, bilik server, penggunaan esyariah di setiap modul dan sebagainya.

Program dimulakan dengan Majlis Pembukaan di Dewan Utama, Tingkat 7. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Mohd Dzuhaili bin Mohd Zakuan, Pegawai Rekod Jabatan, seterusnya paparan Video Korporat Jabatan. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh YA Tuan Mohamad Fauzi bin Ismail, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Perlis . Majlis diteruskan dengan taklimat ringkas berkenaan pelaksanaan Projek Transformasi E-Syariah Versi 3 dan Perkara-perkara berkaitan Naziran Keselamatan ICT yang disampaikan oleh Puan Aliza binti Abu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (BTMK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan akhir sekali, pembentangan ringkas berkaitan Tadbir Urus ICT Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis oleh pegawai teknologi maklumat, JSKNPS.

Majlis pembukaan ini juga dihadiri oleh Ketua Pendaftar, Pendaftar, Pegawai Sulh, Pegawai Rekod Penolong Pegawai Tadbir dan Setiausaha Ketua Hakim Syarie. Seterusnya, pihak BTMK menjalankan tugasan masing-masing di mana tim Naziran bergerak ke Bilik Server JKSNPs dan tim semakan GO-LIVE mengadakan lawatan semakan di lokasi-lokasi berikut iaitu di kaunter pendaftaran aras bawah, lokasi bilik dan pegawai SULH, lokasi penghantar notis/bailif dan lokasi dewan bicara Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah. Warga JKSNPs mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian BTMK,JKSM dan Semoga program yang dijalankan ini dapat membantu dan menambahbaik pengurusan ICT di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis pada masa akan datang.

Rate this item
(0 votes)