faq jksnmaklumbalas jksnpeta jksn

BENGKEL PENGURUSAN KES, RAYUAN DAN SEMAKAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERLIS

18 July 2022 Berita Terkini 94 Views

 

   

5 dan 6 Julai 2022 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Kes, Rayuan dan Semakan yang berlangsung di Hotel Putra Regency, Kangar, Perlis. Bengkel selama dua hari ini melibatkan semua Pegawai Syariah yang terdiri dari Hakim-Hakim Syarie, Ketua Pendaftar, Pendaftar, Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie, Pegawai Penyelidik Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Pegawai Sulh dan Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Seksyen Negeri Perlis. Turut terlibat Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah, Pembantu-Pembantu Syariah dan Penghantar Notis. Penceramah Bengkel ini diundang khas dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, iaitu Tuan Mohd Ridzwan bin Ghazali, Ketua Pendaftar dan Tuan Muhammad Khairul Nizzam bin Kassim, Pegawai Penyelidik Kanan Ketua Hakim Syarie yang sentiasa sedia berkongsi ilmu dan pengalaman khasnya dalam pengurusan kes mal, jenayah dan faraid mengikut bidangkuasa Mahkamah sedia ada termasuklah rayuan dan semakan sesuatu kes.

Objektif atau matlamat penganjuran Bengkel ini adalah :-

(1) Memantapkan organisasi JKSNPs bagi setiap proses kerja dalam suatu pengurusan kes dengan memenuhi fungsinya kepada setiap petugas dan pegawai terlibat;

(2) Memantapkan kefahaman kepada semua petugas dan pegawai terlibat tentang tatacara pengurusan kes di Mahkamah termasuk dalam proses Semakan dan Rayuan;

(3) Membangkitkan semangat kerja dalam kalangan warga JKSNPs dan dapat bekerjasama dengan baik, khasnya dalam tugasan pengurusan kes.

Sepanjang Bengkel ini berlangsung, antara fokus perbincangan melibatkan pengurusan kes semasa pendaftaran kes dan penyerahan dokumen, pengurusan kes semasa sebutan, perbicaraan serta pasca perbicaraan, pengurusan kes rayuan dan semakan Selain itu, pemakaian Arahan Amalan Mahkamah Syariah juga dibincangkan terutama melibatkan pengurusan kes, rayuan dan semakan. Peserta telah memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang Bengkel diadakan dan diharapkan Bengkel ini dapat memberi nilai tambah kepada setiap tugasan hakiki bagi menjamin kelancaran pengurusan kes dan memberi keadilan kepada semua pihak.

Rate this item
(1 Vote)