faq jksnmaklumbalas jksnpeta jksn

MAJLIS PENTAULIAHAN PEGUAM SYARIE NEGERI PERLIS TAHUN 2021

19 April 2021 Berita Terkini 59 Views

majlis pentauliahan 2

APRIL 9, 2021 – Ahli Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Perlis dan seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs berangkat ke Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Perlis yang telah berlangsung di Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis.

Seramai 69 orang peguam syarie dari seluruh negara telah ditauliahkan sebagai Peguam Syarie Negeri Perlis dalam majlis ini. Menerusi Titah Diraja, DYTM Tuanku telah menitipkan pesan supaya semua peguam syarie sentiasa dapat memberi manfaat dan menyumbang kepada sistem keadilan negara.

Menjunjung kasih Tuanku.

Rate this item
(0 votes)