faq jksnmaklumbalas jksnpeta jksn

MAJLIS SEMBAH MENGADAP, DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS

12 January 2021 Berita Terkini 222 Views

Sembah Mengadap2

JANUARI 8, 2021 - DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis telah berkenan berangkat ke Dewan Kulliyyah MAIPs untuk menerima sembah mengadap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs), YAA Tuan Haji Ibrahim bin Deris bersama barisan Hakim-Hakim Syarie Negeri Perlis. Turut hadir, Mufti Negeri Perlis, Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor dan Pengarah JAIPs, Dr. Haji Hazman bin Hassan.

Ketika Majlis Sembah Mengadap, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah menitahkan semua agensi agama di dalam Negeri Perlis untuk mempertingkatkan kebersamaan antara agensi supaya khidmat dan bakti sebaiknya diberikan kepada rakyat. Menjunjung kasih atas perkenan Tuanku menerima mengadap YAA Ketua Hakim Syarie JKSNPs dan rombongan.

Rate this item
(0 votes)