faq jksnhubungi jksnmaklumbalas jksnpeta jksn

PROGRAM PEMBUDAYAAN AMALAN 3R

05 October 2020 Berita Terkini 42 Views

swcorp1

SEPTEMBER 11, 2020 – Selaras dengan Program Perlis Bersih Indah anjuran Kerajaan Negeri Perlis, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis ( JKSNPs ) telah menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Perlis ( SWCorp ) melalui Program Pembudayaan Amalan 3R di jabatan ini. Program yang bertujuan memupuk budaya kitar semula dalam kalangan warga JKSNPs itu telah dilaksanakan melalui sesi ceramah, pameran dan demonstrasi berkaitan amalan kitar semula. Seluruh warga JKSNPs diharap dapat membudayakan amalan kitar semula dalam kehidupan  demi masa hadapan alam sekitar yang terpelihara dan kesihatan yang terjamin.

Rate this item
(0 votes)